Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Dan DxO Bekerjasama Untuk Menawarkan Pengalaman Fotografi Baik Pada OnePlus 5 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Dan DxO Bekerjasama Untuk Menawarkan Pengalaman Fotografi Baik Pada OnePlus 5

Pihak OnePlus sebelum ini telah mengesahkan mereka bakal hadir dengan telefon pintar baru, OnePlus 5 pada tahun ini. Hari ini, pengeluar peranti berkenaan turut mengumumkan yang mana mereka akan bekerjasama dengan DxO untuk menawarkan pengalaman fotografi dan kamera yang baik pada telefon pintar OnePlus 5 kelak.

Ramai sedia mengenali akan DxO kerana ujian penanda aras untuk kamera mereka melalui DxOMark. Ia sering menjadi salah satu metrik khusus dalam rujukan ramai untuk penawaran kamera pada peranti mudah-alih. DxO juga turut popular dengan penawaran kamera khusus iPhone yang dinamakan sebagai DxO One sebelum ini.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah kerjasama antara OnePlus dan DxO ini akan berfungsi.

Baru-baru ini, pihak HTC telah mengumumkan yang mana telefon pintar HTC U11 mereka menerima skor tertinggi di pasaran pada hari ini, iaitu sebanyak 90. Mungkinkah kita akan melihat skor yang lebih tinggi melalui OnePlus 5 kelak?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qx5hUG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.