“Ibu… Ibu ada tak barang yang ibu tak nak guna dah.. Huda nak bagi hadiah pada ustazah.”
ADIK HUDA & HADIAH HARI GURU DUIT TABUNG RM0.70 SEN
Assalamualaikum selamat petang semua yang menanti wajah adik huda…yang pm saya supaya saya selfie dengan adik huda. Hari ni saya kotakan janji saya pada anda semua. Kenalkan ini lah adik HUDA BATRISYIA BT SYAHFUL NIZAM.Kisah hari ni saya ingin sampaikan.
18/05/2017 hari Khamis.
Setibanya saya disekolah saya tercari2 huda. Dalam perhimpunan baru nampak huda duduk bersama rakan-rakannya. Nampak wajah yang sugul. Selepas perhimpunan sesi solat zuhur berjamaah. Selai solat saya bisik pada huda.
‘’ Huda nanti waktu rehat datang jumpa ustazah di kantin’’ . Huda anggukkn kepalanya.
Lepas solat terus rehat. Saya tertunggu-tunggu huda. Dia tk dtg jumpa saya mgkin dia malu.sayanta kawannya paggilkan dia. Dia datang pada saya dengan wajah yang tunduk.
‘’ Huda dah makan? ‘’ tanya saya.
Dah makan ustazah pagi tadi.
‘’ Awak makan apa pagi tadi?’’
Makan roti dengan air.
‘’ Kenyang ke?’’
Huda hanya anggukkan kepala.
Saya ajak huda ke kantin. ‘’ Ustazah nak belanja awak pilih la nak nasi lauk apa? Mulanya dia segan dan malu2. Saya cakap tak pe pilih la nak ayam masak apa…
Perlahan huda tunjukkan ayam masak merah. Huda nak berapa? Dia tunjukkan satu jari. Nak lauk lain lagi tak? Hudah gelengkan kepala.
Cukuplah ustazah. Saya belikan air sekali. Seronok tengok dia makan.
Bila masuk ke kelas selesai salam dan doa. Saya panggil Huda dan tunjukkan duit syiling dan kertas yang dia tulis ada dalam frame. Pada mulanya dia tersenyum malu. Bila huda di depan saya…saya ceritakan kisah huda dalam kelas saya. Tak sangka ada murid lelaki yang bergenang air mata. Murid perempuan ada yang menitis air mata.
Bila saya pandang huda merah matanya…saya peluk dan beritahu yang saya amat terharu dan hargai pemberiannya. Lagi lah dia menangis dan pandangannya hanya pada frame itu. Saya bagi tahu huda. ‘’ Ustazah sangat terharu dan terfikir. Ustazah baru awal tahun 2017 mengajar huda. Ada ramai lagi guru2 pagi dan guru2 petang yang lain untuk kamu berikan hadiah tapi kamu pilih ustazah. Ustazah menangis fikirkan kamu beri ustazah duit syiling dari tabung kamu sendiri’’.
Huda hanya diam membisu.”Boleh tak ustazah nak ambil gambar dengan huda. Ramai yang nak tengok wajah huda. Dia senyum tanda setuju’’. Yea Alhamdulillah dapat pujuk Huda yang sangat pemalu ambil gambar.
Selepas huda duduk di tempatnya datang seorang murid yang bernama Irdina asyirah datang kepada saya. ‘’ ustazah…boleh tak saya nak bagi Huda rm5. Saya tanya..’’ Kenapa awak nak bagi pada Huda?.
‘’ Saya sedih dengar ustazah cerita pasal Huda. Hudakan susah. Saya nak bagi huda duit saya.’’ Allah bersyukur saya di kelilingi anak-anak syurga yang sangat pemurah. Walaupun kelas saya adalah kelas yang hujung. Untuk mudah faham kelas yang anak2nya kurang minat dengan belajar. Murid yang nakal. Dalam hati YA ALLAH KAU BERIKANKU HIKMAH DENGAN BERADA BERSAMA MURID2 INI.
Selepas kisah huda menjadi viral saya call ibu huda dan ceritakan yang huda ada beri hadiah hari guru kepada saya menggunakan duit tabungnya sebanyak 70sen. Ibunya terus menangis…kata ibunya, Huda memang ada minta pada saya kalau ada barang-barang yang saya yang dah tak nak lagi. Ayat huda menyentuh hati saya deep…sangat.
Ibu…ibu ada tak barang yang ibu tak nak guna dah..huda nak bagi hadiah pada ustazah. Ibunya diamkan diri dengan hati yang sedih.
Ibu huda mohon maaf pada saya sebab tak berkan Huda bawa hadiah. Saya cakap eh puan kami guru bukan hadiah yang kami minta. Cukuplah ada anak-anak murid yang bagus dan hargai kami macam anak puan buat ni. Ibunya terus menangis kerana tak dapat tunaikan permintaan anaknya.
Ibunya kata…saya hanya mampu sediakan duit belanja harian anak-anak ke sekolah. Untuk benda2 sampingan saya tak ada duit ustazah. Allahhu…sebak saya dengar.
Ibunya sambung lagi. ‘’ saya susah hati fikirkan puasa dah dekat. Fikir persiapan raya anak-anak macam mana saya nak sediakan. Suami saya sebelum ni bekerja sendiri ambil upah pasang lampu dan kipas. Pasang aircond. Tapi tahun ni tak ada kerja lagi katanya.
Gaji ibu huda sebulan rm800 lebih tolak EPF dan cuti. Ada anak 6 orang 5 bersekolah. Umur anak
Ini lah serba sedikit info keluarga Huda yang saya tahu. Sebab ada yang pm tanyakan saya detail tentang keluarga huda. Huda tinggal di TAMAN PANCHOR JAYA SEREMBAN.
Posted by Jamaliah Amirul on Thursday, May 18, 2017
The post “Ibu… Ibu ada tak barang yang ibu tak nak guna dah.. Huda nak bagi hadiah pada ustazah.” appeared first on The Alternatif.
✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVQ7cC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment