Berapakah Modal Untuk Menternak Kambing?
Berapakah Modal Untuk Menternak Kambing? Modal untuk menternak kambing antara perkara penting yang anda kena pertimbangkan jika mahu jadi penternak kambing yang berjaya. Modal untuk menternak kambing bergantung kepada anda. Berapa ekor kambing yang anda mahu ternak pada peringkat awal, jenis kambing apakah yang anda mahu ternak dan berapa besar saiz kandang kambing yang anda inginkan. Semua terpulang kepada anda.
Berapakah Modal Untuk Menternak Kambing?
Sikap terlalu ghairah untuk memulakan penternakan kambing sebenarnya boleh merosakkan diri anda sendiri. Anda tak boleh terlalu ghirah sebaliknya kena tepuk dada dan tanya selera. Sebab ada sesetengah pihak yang akan mengambil kesempatan terhadap keghairahan anda. Ada yang menawarkan baka kambing yang terlalu mahal kepada anda.
[+] Baca Juga : Panduan Penternakan Kambing Berjaya
[+] Baca Juga : Panduan Penternakan Kambing Berjaya
Bayangkanlah ada yang menawarkan kambing jantan yang berharga sehingga RM3,000 hingga RM8,000 seekor. Tapi anda kena ingat untuk menternak kambing anda juga perlukan kambing betina. Bayangkan kalau anda ada modal RM8,000 dan telah dihabiskan untuk membeli kambing jantan, jadi macam mana nak beli kambing betina.
Anda kena rancang betul-betul modal yang anda ada, berapa bajet yang anda nak peruntukkan untuk beli baka kambing. Lagi satu anda kena kenalpasti tujuan anda menternak kambing, adakah untuk tujuan komersial atau sekadar ingin mencuba dan suka-suka?
[+] Baca Juga : Untung Rugi Menternak Kambing
Anda kena rancang betul-betul modal yang anda ada, berapa bajet yang anda nak peruntukkan untuk beli baka kambing. Lagi satu anda kena kenalpasti tujuan anda menternak kambing, adakah untuk tujuan komersial atau sekadar ingin mencuba dan suka-suka?
[+] Baca Juga : Untung Rugi Menternak Kambing
Nasihat saya, jika anda masih diperingkat permulaan dan baru-baru nak bermula, eloklah anda mulakan dengan "kecil'. Ini tips dari saya :
- Tak perlulah anda membeli baka yang mahal-mahal,
- Memadai dengan membeli baka yang telah dikacuk,
- Baka kambing betinanya pula, beli dari jenis kambing katjang atau kampung. Ianya lebih mudah untuk dijaga dan tidak banyak songeh.
Sebab apa saya tak galakkan anda beli yang mahal-mahal? Sebabnya saya tak nak anda membazir dan kehabisan modal. Kalau modal dah memang besar tu tak mengapalah. Akhir kata dari saya, Membeli baka yang mahal bukannya tak bagus, tapi dalam dunia penternakan ini kenalah bijak merancang kewangan dan perlu tahu apa matlamat anda.
"RAHSIA KAMBING" , Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing
Di dalam ebook ini anda akan ditunjukkan tentang
- Bagaimana mencari sumber modal bagi projek penternakan anda
- Tips pemilihan baka kambing untuk memulakan projek penternakan anda
- Bagaimana membina kandang dengan kos yang rendah
- Bagaimana menyediakan bekalan makanan yang mencukupi dengan kos yang rendah untuk ternakan anda
- Bagaimana memerah susu kambing dengan betul
- Bagaimana menyambut kelahiran kambing
- Gejala-gejala atau penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kambing dan bagaimana cara merawatnya, serta
- Bagaimana memasarkan ternakan kambing anda
Selamat maju jaya.
ps : mahu tahu lebih banyak Panduan Penternakan Kambing? Anda bolehlah baca panduan dari orang-orang yang berpengalaman yang sedia untuk membantu penternak-penternak di luar sana. Lihat apa kata beliau : Rahsia Penternakan Kambing Berjaya
✍ Sumber Pautan : ☕ Blog Azzahairi
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q0kd9L
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment