Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenangan terindah sampai bila-bila [METROTV] - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenangan terindah sampai bila-bila [METROTV]

Kuala Lumpur: “Saya dilayan dengan baik dan mesra sekali," kata model kanak-kanak dari Simei, Singapura, Lauren Natasha Campbell,7, yang videonya melambai dan seterusnya bergambar bersama Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim di hotel di Perak pada 13 Mei lalu, tular.

Video berkenaan turut menerima reaksi positif netizen yang rata-ratanya berbangga dengan sifat Sultan Perak itu yang berjiwa rakyat.

Video berdurasi selama 54 saat turut mendapat lebih 100,000 tontonan sejak dimuat naik di Facebook Lauren menggunakan nama Lauren N. Campbell pada 13 Mei lalu.

Menurut Lauren yang dihubungi Harian Metro, dia bersama ibunya, Hani Cristal Campbell,45, berkunjung ke hotel berkenaan untuk menghadiri persembahan fesyen sempena Hari Ibu pada 11 hingga 14 Mei lalu.

Ketika itu saya dan ibu baru selesai makan malam di restoran di lobi hotel itu sebelum mendapati terdapat karpet merah serta pihak polis yang sedang membuat kawalan.

"Saya bersama ibu bertanya kepada bahagian kaunter pertanyaan hotel di lobi berkenaan dan mereka memaklumkan Sultan Perak dan permaisuri menghadiri satu majlis di situ," katanya yang juga murid tahun satu Changkat Primary School, Singapura.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, ibunya kemudian memaklumkan jika dia mahu mengambil gambar bersama Sultan Perak perlu menunggu berhampiran karpet merah itu.

Katanta, ketika itu ada pengawal peribadi Sultan Perak, tetapi ketika sultan dan permaisuri keluar dia terus melambaikan tangan ke arah baginda.

"Sultan dan permaisuri juga memberikan reaksi positif dan saya sangat gembira serta teruja dapat bergambar bersama," katanya.

Katanya, kenangan itu adalah yang terindah yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila selain berkongsi pengalaman berkenaan bersama keluarga dan rakan di sekolah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pPphmb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.