Hi! Welcome Back and Stay Tune! Insiden seperti ini tidak wajar berlaku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Insiden seperti ini tidak wajar berlaku

PELAKON dan pengarah, Datuk Rosyam Nor menasihatkan bahawa Pengarah, David Teo mengikut kata pepatah ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’.

Menurutnya, beliau berasa bersyukur dapat mengawal insiden tersebut dengan baik.

“Alhamdulillah, ALLAH SWT berikan kematangan bagi saya untuk mengendalikan situasi ini dengan matang di mana bagi orang lain mungkin sukar, namun bukanlah bermakna saya ingin besar diri kata saya bagus.

“Cuma ALLAH SWT dorong saya untuk mengendalikan insiden tersebut sebegitu, lagipun saya bukanlah baru jadi pengacara, dah lama,” katanya ketika Majlis TN50 Penggiat Seni bersama Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Semalam, kecoh apabila seorang penerbit filem itu ditampar oleh seorang pelakon ketika sesi bersama selebriti dalam program berkenaan.

Kejadian tersebut bermula apabila penerbit filem itu bertindak merampas pembesar suara daripada Rosyam selaku moderator.

Tindakan itu adalah untuk menyuarakan pendapatnya supaya selebriti yang berada di barisan belakang turut diberi peluang untuk bercakap.

Sementara itu, Rosyam turut merasakan insiden tersebut tidak wajar terjadi tambahan pula di hadapan PM.

“Tidak sepatutnya insiden tersebut berlaku kerana kita diberi peluang oleh orang paling tinggi di negara kita jadi bila dia bertindak begitu, saya bersyukur sebab dapat mengawal kemarahan saya.

“Kemudian, setelah fikir semula sebab utama pertemuan ini diadakan, saya membuat keputusan untuk ‘damai’kan mereka berdua di hadapan ramai dan ia disambut baik oleh penonton yang memberikan tepukan,” tambahnya lagi.

The post Insiden seperti ini tidak wajar berlaku appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qxnuBr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.