Fouziah Gous hamil anak kedua; tak rancang nak cepat
Tahniah diucapkan kepada pelakon Fouziah Gous kerana telah hamil 14 minggu.
Suami kepada pelakon tersebut, Zafran mengucapkan rasa syukur kerana bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
“Saya tak kisah anak lelaki atau pun perempuan. Yang pertama, anak lelaki jadi kalau yang kedua ini dapat anak lelaki lagi pun ok sahaja, perempuan pun ok,” katanya.
Menurut cerita, Fouziah tidak menyangka bahawa dia rupa-rupanya hamil kerana dia menyangkakan sakit gastrik.
“Pergi hospital check lain, dapat pula resultnya lain,” terang Zafran.
Anak yang sulung Zeeshan, bulan November ini akan berumur dua tahun.
“Tak rancang pun nak anak secepat ini. Mula-mula adalah perancangan nak tunggu Zeeshan cecah umur 3 tahun dulu, tapi rezeki ALLAH SWT dah bagi awal.
“Baby baru nanti pun dijangkakan lahir pada bulan November juga,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Fouziah dikhabarkan mengalami alahan yang agak mencabar dan lebih teruk pada kehamilan kedua ini. Dia tidak tahu nak makan apa dari pagi sampai petang.
Jika dahulu tidak suka minuman manis dan ais tetapi kali ini bangun sahaja tidur akan cari ais.
Info
21 September 2013 telah berlangsung majlis pernikahan pelakon Fouziah Gous dengan Md Zhafran.
Pasangan ini persalinan berwarna putih idinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki yang merupakan Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.
Majlis pernikahan Fouziah Gous & Zhafran ini yang dihadiri seramai kira kira 200 orang tetamu itu telah dijalankan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.
Pihak lekaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000.
Pihak lelaki menerima hantaran berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma.
Manakaka pihak perempuan menerima sirih junjung, set barangan kemas dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan coklat.
The post Fouziah Gous hamil anak kedua; tak rancang nak cepat appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qwPGoj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment