Bapa saudara dendam tetak jari kelingking anak saudara sampai putus
KANAK-KANAK perempuan putus jari kelingking dan cedera jari hantu kanannya selepas ditetak bapa saudaranya di rumah kedai di Batu 10, Jalan Penrissen, Kuching, semalam.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia lapan tahun hanya bersama abangnya di rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 31 tahun meluru masuk sebelum menetak jari mangsa menggunakan pisau.
Menurutnya, suspek kemudian melarikan diri dan kejadian hanya disedari abang mangsa selepas kanak-kanak itu meraung kesakitan.
“Siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan dendam kerana suspek tidak berpuas hati kerana bapa mangsa ada membuat laporan polis mengenai kegiatan suspek yang melakukan pecah rumah sehingga ditahan.
“Mangsa kini dalam keadaan stabil dan operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Ringkai Endawie sedang giat dijalankan,” katanya.
Sumber: Metro
Sumber Bapa saudara dendam tetak jari kelingking anak saudara sampai putus
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r3ZROP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment