Isu Persenda Nama Bapa Fattah, Diana Amir:Fikry Minta Maaf
Peserta program Lawak Solo, Fikry meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan tindakannya dikatakan mempermainkan nama bapa pelakon Fattah Amin dan Diana Amir ketika mengacarakan program Gema Gegar Vanganza (GGV), Ahad lalu.
Akibatnya, Fikry dikecam netizen yang mendakwa dia tidak sensitif.
Memetik laporan Harian Metro, pemuda berusia 23 tahun ini berkata, walaupun perkara itu tidak mengaibkan kedua-dua selebriti itu, tetapi Fikry jadikannya sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati dalam percakapannya selepas ini.
“Saya ada sebut Fattah Amin Ya Rabbal Alamin dan Amin bermaksud dikabulkan, manakala Diana Amir pula saya tumpu kepada perkataan Amir kerana selalu dipanggil Amir Reka.
“Namun, ada pihak yang salah faham. Saya tak rasa itu boleh memalukan Fattah dan Diana, tetapi saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.
Fikry berkata, dia turut terkejut apabila ibunya di kampung yang tidak aktif di media sosial turut mengetahui isu berkenaan.
“Ibu menghubungi saya untuk bertanyakan perkara sebenar selepas isu terbabit dikecam ramai sehingga tular di media sosial,” katanya.
Menurut Fikry, lawak itu pernah diketengahkan ketika pertandingan Lawak Solo, namun tidak menjadi isu.
The post Isu Persenda Nama Bapa Fattah, Diana Amir:Fikry Minta Maaf appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdEH0r
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment