Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga NGO buat laporan polis terhadap akhbar berbahasa Inggeris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga NGO buat laporan polis terhadap akhbar berbahasa Inggeris

KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung penyiaran gambar umat Islam sedang solat Tarawih dengan tajuk utama ''Malaysian Terrorist Leader'' di muka depan akhbar itu, Sabtu lepas.

Laporan polis itu dibuat Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah, Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay dan Pengerusi Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (DESMMA) Mohd Fazil Abdullah.

Amir Amsaa berkata penyiaran berita berkenaan dilihat sebagai tidak menghormati masyarakat Islam di negara ini dan boleh menimbulkan salah faham terhadap mereka.

"Tindakan akhbar itu menyiarkan berita sebegitu menunjukkan mereka tidak menghormati garis panduan yang telah ditetapkan KDN (Kementerian Dalam Negeri).

"Kami berharap agar KDN akan mengambil tindakan keras terhadap akhbar tersebut dengan menggantung lesen mereka buat sementara waktu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

Semalam, akhbar itu telah menyiarkan permohonan maaf di laman sesawangnya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6yq7s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.