Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berat Badan Adira Turun 25 Kilogram Selepas Berpantang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berat Badan Adira Turun 25 Kilogram Selepas Berpantang

Penyanyi Adira Suhaimi akui berat bandannya kini susut sebanyak 25 kilogram (kg) selepas selepas berpantang.

Berat Badan Adira Turun 25 Kilogram Selepas Berpantang

Berat Badan Adira Turun 25 Kilogram Selepas Berpantang

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 25, berkata selepas melahirkan anak sulungnya, Anggerik dua bulan lalu, dia telah dijaga oleh seorang bidan untuk menjalani proses berpantang.

“Sebenarya masa mengandung berat badan saya naik hingga mencecah 74 kilogram dan Alhamdulillah selepas dua bulan bersalin kini ia sudah susut iaitu 49 kilogram sahaja. 

“Tiada perkara spesifik yang saya lakukan untuk menurunkan berat badan, cuma saya hanya berpantang yang dijaga rapi oleh seorang bidan.

“Lagipun saya tidak boleh melakukan senaman yang berat kerana bersalin secara pembedahan.

“Penurunan mendadak itu, mungkin kerana saya menyusu badan dan ia buat saya cepat kurus,”katanya kepada Astro Gempak.

Adira ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0) yang diadakan di Galeri Prima , Bangsar semalam.

Pun begitu, Adira memberitahu dia masih lagi belum kembali ke berat badanya sebelum hamil iaitu 42 kg.

Mahu kembali ke bentuk idamannya, Adira berkata dia kini masih lagi berpantang walaupun tempoh tersebut sudah selesai.

“Walaupun berpantang dah habis tetapi saya tetap teruskan dengan tidak mengambil makanan berminyak dan minum air sejuk. 

“Bukan kerana hendak kurus sangat tetapi lebih kepada ingin memastikan luka pembedahan saya benar-benar pulih,” katanya lagi.

Penyanyi lagu Aku Ada Kamu itu dicalonkan menerusi kategori Artis Sensasi bersama empat calon lain iaitu Elly Mazlein, Neelofa, Fattah Amin dan Uqasha Senrose. 

Sumber: AG



Sumber Berat Badan Adira Turun 25 Kilogram Selepas Berpantang

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pihUQ0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.