Bersaralah Muhyiddin, Bubarkan Sahaja PPBM
#MidinTdkLayakJadiPM
Agenda Mahathir mengejar perkara sulit dan peribadi nampaknya jadi semakin "tidak ketahuan hala".
Semalam, 21 Mei 2017, dalam Kongres PKR, PPBM sudah sah jadi tidak relevan lagi di sisi DAP, PKR dan PAN. Pengerusi dan Presiden PPBM dimalukan macam itu sahaja.
PPBM yang ditubuhkan oleh Mahathir dan Muhyiddin sudah semakin hari semakin tenggelam punca dan hilang arah. Jenis bunga yang pelik, kembang pun tidak, wangi pun tidak.
Ditubuh atas landasan kononnya mahu "Selamatkan Malaysia”, rupanya tidak mampu selamatkan diri sendiri pun.
8 Oktober 2016, PPBM diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Semalam di Kongres PKR, PPBM baru berusia 228 hari dan baru 37 kali Jumaat, PPBM sudah disepak terajang oleh DAP dan PKR.
Belum lagi 40 kali Jumaat, parti bunga itu
sudah dimalukan dengan penuh kehinaan. Di depan muka dijerit reformasi, diminta angkat plakad Anwar jadi PM dan "sign petition" bebaskan Anwar Ibrahim.
Tidak cukup dengan itu, wartawan Malaysiakini pula menyimbah minyak pada api dengan memuat naik video Mahathir terpinga pinga masa plakad Anwar diangkat dan lari dari ditemubual wartawan.
Minggu lepas, PPBM dari Perak menyeru supaya Muhyiddin meletak jawatan. Atas alasan
Muhyiddin sebagai tidak layak jadi Presiden PPBM.
Muhyiddin semasa menjadi orang nombor dua dalam UMNO pun dia tidak menyerlah, maka tidak hairanlah apabila ahli ahli PPBM pula mahu dia meletakkan jawatannya sebagai Presiden parti itu.
PPBM hanya ditubuhkan oleh penyokong dan pentaksub Mahathir yang mahukan platform baru untuk berpolitik. Mereka mahu platform sahaja, mereka bukan mahu ahli ramai dan menjaga ahli pun.
Mahathir tidak berminat sangat pun hendak tubuh parti, sebab susah hendak jaga parti dan ahli parti yang baru. Mahathir hanya hendak jadikan PPBM sebagai platform untuk jadikan Mukhriz sebagai PM sahaja.
Pergolakan dalam PPBM sudah riuh satu negara. Di Baling, Kerteh, Teluk Kemang, Pandan, Sik dan Perak. Ada yang keluar parti dan ada yang lari dari parti bunga.
Punca utama adalah seperti yang didedahkan oleh Cikgu Kamarul, amalan nepotisme dan kroni yang kuat dala PPBM selain pertembungan team Muhyiddin dan Mukhriz di dalamnya.
Bila Muhyiddin didesak letak jawatan, Ainina dilucut jawatan Srikandi dan Cikgu Kamarul, Setiausaha Kerja keluar parti. Ini bukti parti setahun jagung ini sah sedang menuju kehancurannya sendiri.
Hancur pun tidak mengapa, Mahathir hanya kisah anaknya sahaja jadi PM bukan soal parti PPBM pun. Untuk rekod, Muhyiddin tidak pernah dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri oleh Mahathir.
Pakatan Harapan hanya mahu Mahathir membawa 5-7% sahaja penggundi Melayu tetapi Mahathir tidak faham bahasa , lalu membuat pelbagai saranan seolah olah beliau ada saham besar dalam Pakatan Harapan.
Akhirnya, semalam Mahathir telah dimalukan dan jatuhlah air mukanya dalam Kongres PKR.
Sambil disuruh menandatangani petition mahu bebaskan Anwar, Mahathir juga terpaksa berdiri bersebelahan orang yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri yang ke 7.
Mungkin ini kehinaan dari Allah SWT kepada orang yang suka memfitnah Ulil Amri hanya sebab enggan menuruti kehendak peribadinya.
Sebelum Kongres PKR, Mahathir telah dimalukan oleh Lim Kit Siang dengan menggunakan Anthony Loke.
Anthony Loke telah mengisytiharkan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri, waima hanya sementara sahaja, atau “seat warmer” untuk Anwar.
Bagi DAP , inilah cara untuk menghalang rencana Mahathir.
Apakah Anthony Loke berani membuat kenyataan jika tanpa izin Kit Siang? Tentu tidak, dan itulah caranya Kit Siang beri kesedaran kepada Mahathir.
Mahathir lupa diri , DAP dan PKR hanya mahu Mahathir screw 5-7% penggundi Melayu sahaja pada PRU14
Mahathir tidak sedar diri dan terlalu taksub kepada agenda peribadinya.
Mahathir tidak boleh berhenti dah kerana yang dikejarnya terlalu besar. Bagi Muhyiddin , elok sahajalah undur diri dan bubarkan sahaja PPBM.
Muhyiddin kini sudah jadi “persona non grata” dalam Pakatan Harapan.
Jalan kemuliaan yang boleh diambil oleh Muhyiddin adalah letak jawatan dan bubarlah PPBM. Muhyiddin tidak layak pun menjadi PM dalam Pakatan Harapan.
Mahathir baru sahaja tulis minggu lepas bab malu dan jawatan. Mahathir kata kalau ada sifat malu maka kenalah letak jawatan. Sebenarnya bukan Najib yang dituju Mahathir, tapi Mahathir sebenarnya menyindir Muhyiddin.
#MuhyiddinTidakLayakJadiPM
#MidinTdkLayakJadiPM
Tulisan :
Beruang Biru
436, Isnin
22 Mei 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r8gxbp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment