Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cerita Sebenar Gambar Gadis Viral Terbabas Dalam Parit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cerita Sebenar Gambar Gadis Viral Terbabas Dalam Parit

Seorang wanita nyaris lemas setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Jalan Hopeful berhampiran Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya

Seorang wanita nyaris lemas setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Jalan Hopeful berhampiran Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, di sini pagi ini.
Ketua Balai Bomba Bestari Jaya, Sahidallah Osman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Norina Syafiqa Kamaruzaman yang berusia dalam lingkungan 30an dikatakan sedang memandu sendirian kenderaan terbabit jenis Toyota Unser untuk ke tempat kerjanya di insitusi pengajian tinggi itu.
Bagaimanapun, sebaik melalui lokasi kejadian katanya, mangsa dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan kenderaan dipandunya itu terbabas lalu terjunam ke dalam parit bersebelahan jalan itu.
“Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.20 pagi sebelum sebuah jentera jenis FRT dengan kekuatan enam pegawai dan anggota tiba ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
“Sebaik pasukan bomba sampai, mangsa telah diselamatkan orang ramai dan tidak mengalami kecederaan. Bagaimanapun mangsa masih trauma dengan kejadian yang berlaku,” katanya di sini hari ini.
Pada masa sama, Shahidallah turut memaklumkan tiada mangsa lain terlibat dalam kejadian itu.
Gambar gadis tersebut cukup viral di salah satu group Kemalangan Extreme Kebakaran, Banjir Dalam & Luar negara yang di muat naik oleh Yuli ana.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pAMIe3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.