Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dapat RM10 jika solat Tarawih di madrasah ini! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dapat RM10 jika solat Tarawih di madrasah ini!

ORANG ramai tidak seharusnya memandang negatif isu pemberian RM10 kepada setiap kanak-kanak dan remaja berusia bawah 15 tahun yang menunaikan solat Tarawih di Madrasah Muhammad Al-Waaliyyah, Pulau Gadong di Melaka, sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Klebang Besar Datuk Mohd Yusof Abu Hasan berkata, ini kerana usaha itu bukanlah program baru sebaliknya sudah dimulakan sejak tiga tahun lalu dan terbukti mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

“Pihak JKKK beri RM10 itu sebagai galakan budak-budak menghayati program ilmu di bulan Ramadan, bukannya kita bagi duit itu untuk beli rokok, jadi tolonglah jangan sempitkan pemikiran dengan bersangka buruk saja.

“Ia sama saja seperti program ilmu lain, kita jemput penceramah pun kena bayar. Jadi apa salahnya kami beri sikit duit raya kepada budak-budak untuk menarik mereka menyertai kelas fardu ain dan tadarus al-Quran selepas selesai solat Tarawih,” katanya.

Menurutnya, sejak program itu dilaksanakan tiga tahun lalu, ia mendapat pujian ibu bapa kerana anak-anak mereka sudah terbiasa datang ke surau untuk solat Tarawih dan bukannya mengharapkan RM10 semata-mata.

Usaha JKKK berkenaan menjadi tular di media sosial sejak semalam dan mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk mendakwa tindakan itu seolah-olah mengajar kanak-kanak dan remaja mengharapkan balasan.

Malah, ada dalam kalangan mereka turut berpandangan ia akan menimbulkan persoalan sama ada mereka yang datang ikhlas menunaikan solat sunat itu atau sekadar mengharapkan RM10 yang dijanjikan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Dapat RM10 jika solat Tarawih di madrasah ini!

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q6V4Lx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.