DUA NGO BERGABUNG ‘SERANG’ PARLIMEN NAJIB
KUALA LUMPUR – NGO Persatuan Anak Felda Kebangsaan (Anak) dengan kerjasama NGO Hisbah Center For Reform (Hisbah), hari ini menandatangani memorandum bagi memerangi rasuah di kawasan Felda.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, persefahaman itu dimeterai selaras dengan usaha untuk memberi kesedaran dalam bentuk kempen dan mendedahkan perihal rasuah di kawasan Felda.
Menurut Mazlan, isu-isu berkait rasuah dan salah guna kuasa di Felda tidak mampu dibongkar oleh Anak sahaja secara bersendirian.
“Nak harapkan NGO Anak sahaja, kita tak mampu, dengan adanya Hisbah kita yakin usaha ini dapat dipertingkatkan lagi dan hasil perbincangan kita akan mulakan kempen memerangi rasuah di kawasan parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu di Parlimen Pekan,” katanya di sidang medianya di Ibu pejabat Amanah, di sini.
Turut hadir pada sidang media sama, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir, Pengarah Komunikasi Amanah Abdul Khalid Samad dan pemimpin Amanah lain.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilihan Parlimen Pekan sebagai tumpuan utama mereka, Mazlan berkata, “pemilihan Parlimen Pekan kerana Najib adalah orang yang bertanggungjawab dalam perjalanan Felda”.
“Untuk permulaan kempen kita akan buat di kawasan PM dan kita akan teruskan di kawasan lain Felda selepas itu.
“Hari ini tidak mahu dedah lagi rasuah di Parlimen itu, kita simpan sebahagian maklumat rasuah itu dan kita akan dedahkan secara berperingkat,” katanya.
Sementara ketika ditanya, bila tarikh kempen akan diadakan, Mazlan berkata, tarikh cadangan adalah pada 21 Mei ini.
“Saya telah cadangkan pelancaran dibuat pada 21 Mei akan datang tapi bergantung kepada keadaan Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Sementara itu, Presiden NGO Hisbah, Datuk Ezam Md Nor berkata, beliau menyambut baik usaha tersebut dan menyifatkan ikrar integriti ini sebagai bertepatan dalam usaha memenangi rasuah.
“Dan kita pilih Anak untuk bersama kita tentunya rekod perjuangan Mazlan, dia konsisten dalam memperjuangkan isu rasuah dan kita pilih Amanah sebuah parti komited dalam berjuang melawan rasuah,”‘katanya lagi.
SINAR HARIAN
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pT3CZq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment