Hi! Welcome Back and Stay Tune! SAYA MELAYU, SAYA ‘BUTA WARNA’ – ZAHID - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SAYA MELAYU, SAYA ‘BUTA WARNA’ – ZAHID

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendekati masyarakat bukan Melayu ketika bayangan pilihan raya umum (PRU) semakin menghampiri.

Dalam ucapan sempena ulang tahun ke-35 institusi pendidikan bukan berasaskan keuntungan, Sri Murugan Centre (SMC), Ahmad Zahid mengongsikan pengalamannya dengan masyarakat India dan Cina di depan hadirin.

Timbalan perdana menteri itu juga mengimbau kenangannya dengan beberapa pihak yang pernah bekerjasama dengannya.

“Semasa saya seorang ahli perniagaan, setiausaha saya adalah seorang gadis Punjabi … akauntan dan juruaudit saya adalah Bala and Co.

“Saya Melayu, tetapi saya menghargai nilai persahabatan … Saya buta warna (tak melihat seseorang berdasarkan warna kulit), ini adalah bukti,” kata Zahid di akhir ucapannya.

Kemiskinan masalah semua 

Isu ‘buta warna’ diulang beberapa kali sepanjang ucapan beliau hari ini yang turut menyentuh mengenai aspek pendidikan dan membasmi kemiskinan.

Mengenai pendidikan Ahmad Zahid berkata, aspek kaum tidak sepatutnya menjadi faktor dan kerajaan mengutamakan pendidikan semua rakyat Malaysia.

Beliau juga berjanji membawakan hasrat SMC untuk meningkatkan peluang pendidikan kaum India ke kabinet tidak lama lagi. Ahmad Zahid kemudian mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada institusi itu.

Dalam ucapan sama Ahmad Zahid kemudian menceritakan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantiknya – bersama beberapa pemimpin lain – mengetuai jawatankuasa kabinet bagi mengatasi masalah kemiskinan.

Selain anggota kabine Umno, katanya, jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, pemimpin MIC merangkumi Datuk Seri Dr S Subramaniam, Datuk Seri S Devamany dan Datuk P Kamalanathan, serta pemimpin Gerakan, Datuk Dr J Loga Bala Mohan.

“Ini kerana kemiskinan bandar bukan saja dialami orang Melayu, malah terdapat di kalangan orang India dan Cina.

“Saya benar-benar buta warna dalam usaha membasmi kemiskinan bandar,” katanya.

MKINI

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pU9jUV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.