Hi! Welcome Back and Stay Tune! Foto disembah pekerja, Syahrini terima kecaman hebat! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Foto disembah pekerja, Syahrini terima kecaman hebat!

Related image

sumber: astroawani

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Syahrini dikecam hebat baru-baru ini selepas sekeping foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya menunjukkan lima orang bekerja di Princess Syahrini Entertainment Indonesia melutut sambil menyembah Syahrini sebagai tanda hormat.

Tindakan memuat naik foto tersebut di laman Instagramnya menimbulkan pelbagai kecaman hebat oleh umum selepas dianggap ianya agak keterlaluan dan salah disisih agama Islam. Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan Syahrini dan menuduh Syahrini tidak habis-habis cuba mencari publisiti murahan.

Namun menurut Syahrini, foto tersebut hanya gurauan semata-mata dan bukan sengaja ingin menimbulkan kontroversi murahan.

“Saya seorang Muslim, dan sebagai salah seorang yang beragama Islam hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah saya.

“Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya ‘Just For Fun’,” jelas Syahrini kepada pihak media.

Minggu lalu Syahrini terus kekal mempertahankan gelaran ‘Penyanyi Paling Popular’ lima tahun berturut-turut di Anugerah SCTV 2014.

Sebelum ini, Syahrini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan Malaysia dua tahun lalu namun putus ditengah jalan akibat masalah persefahaman.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGBIyf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.