Google Ingin Mengatasi Masalah Kemaskini Android Yang Lambat Melalui Project Treble
Salah satu masalah besar pada sistem operasi Android adalah dimana sekiranya anda menggunakan telefon bukan keluaran Google seperti Nexus atau Pixel, maka kebarangkalian anda mendapat kemaskini Android adalah sangat rendah. Ia mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun sebelum anda menerima kemaskini versi terbaru Android.
Untuk mengatasi perkara ini, Google kini hadir dengan Project Treble – memfokuskan kepada penawaran kemaskini dengan lebih pantas kepada semua peranti Android. Ciri ini bakal hadir bersama Android O yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.
Kebiasaannya, melalui penawaran Android, Google akan menawarkan versi akhir kepada pengeluar, dan pengeluar akan mengubah-suai dan menambah beberapa ciri serta antaramuka tambahan sebelum diperkenalkan kepada peranti pengguna. Melalui Project Treble perkara tersebut diubah.
Pengeluar kini hanya perlu mengemaskini penawaran pada kadar minima – sementara kemaskini Android boleh ditawarkan pada latar tanpa mengubah penawaran asal oleh pengeluar. Ini akan menguntungkan kedua-dua pihak, dimana pengguna akan mendapat kemaskini dengan lebih pantas, sementara pengeluar pula hanya perlu membuat perubahan yang sangat minima berbanding sebelumnya yang memerlukan pembangunan semula sistem operasi Android dengan integrasi ciri-ciri mereka.
Google menjadualkan acara Google I/O pada minggu ini, dan kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai Android O serta Project Treble ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qeAf3s
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment