Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hafizh Syahrin kutip lima mata di Le Mans - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hafizh Syahrin kutip lima mata di Le Mans

PELUMBA  negara, Hafizh Syahrin berjaya mengutip tambahan lima mata hari ini dalam saingan Moto3 di GP Perancis selepas menduduki tempat ke-11.

Ini merupakan keputusan lebih baik buat Hafizh berbanding minggu lalu di Litar Jerez apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13.

Meskipun memulakan perlumbaan di tempat ke-22 di Litar Le Mans, ia tidak menyekat Hafizh untuk membarisi kelompok pertengahan sebaik perlumbaan dilepaskan.

Ketika memasuki pusingan terakhir, Hafizh bijak melepasi dua pelumba sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 dengan catatan masa 42 minit 40.085 saat.

Petak pertama menjadi milik Franco Morbidelli daripada pasukan EG 0,0 Mar VDS sementara Francesco Bagnaia kedua dan Thomas Luthi ketiga.

Sementara itu, saingan MotoGP menyaksikan Maverick Vinales daripda pasukan Movistar Yamaha muncul pemenang dengan catatan masa 43 minit 29.793s.

Pelumba berusia 22 tahun itu bijak menangani asakan rakan sepasukan, Valentino Rossi -- yang akhirnya terjatuh di pusingan akhir perlumbaan -- sebelum melepasi garisan penamat di hadapan Johann Zarco dan Dani Pedrosa.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qK8Y9Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.