Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hospital tentera di Bangkok dibom, 24 orang cedera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hospital tentera di Bangkok dibom, 24 orang cedera

BANGKOK: Pihak polis mengesahkan letupan yang berlaku di sebuah hospital yang dikendalikan pihak tentera di sini adalah disebabkan letupan bom, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Jen Srivara Rangsibrahmanakul hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi waktu tempatan di Hospital Pramongkutklao itu, seramai 24 orang cedera akibat terkena serpihan dan kaca pecah.

"Pihak polis menemui sebahagian bahan bom seperti kabel dan wayar, tetapi belum dapat menentukan jenis bomnya," katanya kepada pemberita di hospital itu dan menambah anggota pemusnah bom masih mencari bahan bukti.

Srivara berkata pihak berkuasa masih menyiasat motif pengeboman dan tidak mahu membuat spekulasi bahawa kejadian mempunyai kaitan dengan ulang tahun ketiga rampasan kuasa pihak tentera ke atas kerajaan awam.

Pada hari ini tiga tahun lalu, Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) mengambil alih kuasa selepas rampasan kuasa dan membentuk kerajaan pimpinan tentera yang diketuai Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qNKXMW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.