Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inspektor tembak mati isteri: Polis dedah suspek tiada rekod kahwin dengan mangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inspektor tembak mati isteri: Polis dedah suspek tiada rekod kahwin dengan mangsa

KES pembunuhan seorang wanita di Kampung Kakai, Serian oleh anggota polis berpangkat Inspektor semalam berpunca daripada akibat masalah peribadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Baca artikel sebelum: Inspektor polis tembak mati isteri dengan pistol ditahan depan pasar raya

“Siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan masalah peribadi, namun begitu, punca sebenar masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, hari ini.

Mengulas mengenai hubungan suspek dan mangsa, Mazlan berkata, berdasarkan rekod, suspek berstatus duda.

“Tiada rekod menunjukkan suspek sudah berkahwin dengan mangsa, melainkan suspek dapat membuktikannya,” katanya.

Mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, mati ditembak di rumah keluarganya di Kampung Kakai pada 3.15 petang sebelum suspek melarikan diri.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan polis di hadapan sebuah pasar raya di Matang Jaya, Matang pada 9.35 malam semalam.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Inspektor tembak mati isteri: Polis dedah suspek tiada rekod kahwin dengan mangsa

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qbgeHw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.