Hi! Welcome Back and Stay Tune! Korea Utara Sah Lancar Peluru Berpandu Balistik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Korea Utara Sah Lancar Peluru Berpandu Balistik


SEOUL: Korea Utara hari ini mengesahkan kejayaan pelancaran ujian peluru berpandu jarak sederhana, kata media rasmi Pyongyang.

Menurut media berkenaan, senjata itu kini sedia digunakan untuk sebarang tindakan ketenteraan.

Pemimpin utara, Kim Jong-un memantau pelancaran senjata itu, kata Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) sambil menambah beliau turut "meluluskan penggunaan sistem persenjataan ini."

KCNA berkata, peluru berpandu yang diuji itu adalah Pukguksong-2, senjata kapal selam Pyongyang versi darat yang menggunakan bahan api pepejal dan mampu dilancarkan serta-merta.

Peluru berpandu, yang digambarkan Washington sebagai senjata jarak sederhana itu dilancarkan dari Pukchang di wilayah Pyongan Selatan dan mencapai jarak kira-kira 500 kilometer sebelum mendarat di Laut Jepun, menurut tentera Selatan.

Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun serta-merta mengecam pelancaran itu dan menggesa diadakan satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perkara itu. AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qJsTFK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.