Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPT bakal keluar SOP aktiviti rekreasi hutan untuk IPT - Idris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPT bakal keluar SOP aktiviti rekreasi hutan untuk IPT - Idris

CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti rekreasi hutan untuk dipatuhi semua institusi pengajian tinggi di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh berkata SOP itu dijangka siap dalam tempoh sebulan lagi bagi memastikan tiada lagi insiden maut berlaku, seperti kejadian dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut dihempap pokok ketika mengikuti latihan ikhtiar hidup di kawasan air terjun Lata Charok di Janda Baik, Bentong baru-baru ini.

"Kita akan pastikan SOP lebih ketat akan dilaksanakan untuk memastikan perkara itu tidak berlaku lagi.

"Kita sedang olah cara pelaksanaannya di peringkat kementerian," katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang ''Soaring Upwards i-Video Competition 2017'' anjuran Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di sini hari ini.

Ditanya mengenai arahan KPT supaya semua IPT menghentikan aktiviti berkaitan rekreasi hutan serta merta susulan kejadian malang itu, Idris berkata arahan itu akan ditarik balik apabila SOP itu siap kelak.

Mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa penganjur aktiviti penuntut UiTM itu tidak mendapatkan permit, beliau perkata perkara itu juga akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada SOP berkenaan.

"Kementerian akan melihat semua aspek supaya semua program akan mengikut SOP yang ditetapkan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi pada 13 Mei lepas, dua penuntut UiTM Noorain Mohtar, 23, dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22, maut dihempap pokok yang tumbang ketika menjalani aktiviti perkhemahan di Lata Charok. Enam lagi penuntut cedera termasuk seorang parah.

Laporan menyatakan seramai 140 penuntut dan empat pensyarah terlibat dalam aktiviti itu. - BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qN0rR9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.