Hi! Welcome Back and Stay Tune! LEPAS RAYA AKU NEKAD NAK BERHENTI KERJA. AKU NAK START BERNIAGA. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LEPAS RAYA AKU NEKAD NAK BERHENTI KERJA. AKU NAK START BERNIAGA.

Nanti dulu bro. Kau semak checklist abang ni dulu sebelum buat keputusan.

#1. Dah minta petunjuk Allah?
Abang bukan nak berlagak ustaz dik. Keputusan kau nak buat ni bukan main-main. Kalau kau muda lagi takde komitmen hidup, takde anak bini nak kena tanggung, sukahati kau lah.
Kalau dah ada tanggungan, besar tanggungjawab kita ni. Cuba solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah.

#2. Ada saving untuk cover komitmen bulanan kau untuk sekurang-kurangnya 6 bulan?
Bukan abang nak takutkan kau. Meniaga ni bukannya untung 24 jam. Silap haribulan rugi 48 jam.
Komitmen bulanan wajib dibayar setiap bulan.
In case perniagaan kau tak berjalan seperti yang kau harapkan, macamana kau nak cover overhead bulanan kau kan?

#3. Pernah konsisten berniaga?
Berniaga ni ibarat kerja makan gaji juga. Kau kena kerja hari-hari. Bukan skim cepat kaya. Letak duit lepas tu tunggu duit masuk bulan-bulan.
Sepak terajang dalam bisnes ni lain macam bro. Silap haribulan hilang semangat hidup kau nanti.
Jika kau belum pernah berniaga secara konsisten, elok cuba berniaga part time dulu. Cuba istiqamah. Dapatkan tune. Bila kau nampak potensi sebenar baru cuba buat fulltime.

#4. Semangat kau kuat tak?
Nak kena berdepan dengan rejection. Orang kondem bisnes kau. Bila produk kau tak laku. Macam-macam hal lagi kau kena berdepan.
Orang berniaga hati kena kental.
Tak boleh lemah semangat. Tak boleh lari dari masalah. Kena hadap semua.

#5. Ada cukup ilmu?
Ya betul. Nak buat sesuatu jangan tunggu sempurna. Sampai bila pon takkan cukup.
Tapi kita perlu ada sedikit sebanyak ilmu. Setidaknya cukup untuk perjalanan bisnes kita.
Kau kalau tak tau apa. Semua benda kau nak hentam saja. Semua pon mau kasi langgar. Penat bro. Banyak dinding kita nak tempuh kat depan ni.
Elok persiapkan diri, isi dada kita dengan ilmu dulu.

#6. Kau kena ada banyak plan.
Atas kertas memang nampak mudah bro. Kalau satu produk untung RM5. Kau jual 10,000 unit sebulan dah dapat RM50,000.
Wah kaya.
Memang kaya kalau jual 10,000 unit. Kalau jual 30 unit sebulan kau nak makan apa dol?
Itu pentingnya banyak plan. Tak jadi plan A kau buat plan B. Kalau sampai plan Z pon tak jadi jugak elok kau mandi bunga.
Kahkah.

#7. Sedia untuk kembali makan gaji?
Bila plan A sampai Z kau tak jadi, mandi bunga pon tak jadi.
Kau dah penat. Duit saving pon mula kering.
Apa pilihan kau ada selain dari kembali bekerja makan gaji?
Kau akan berdepan dengan 99 kata-kata perli yang sinis dari kawan-kawan dan saudara mara kau.
Kau tak segan?

Amacam?

Agak-agak boleh lepas senarai checklist abang di atas?

Kalau rasa boleh lepas, abang ucapkan selamat datang. Welcome to the club.

Abang doakan kau berjaya menjadi usahawan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

credit: Syukor Majid a.k.a abang pada artikel di atas via amreel



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rH7DP2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.