Mahathir Mahu Mukhriz Jadi PM Ke 7, Bukannya Anwar Ibrahim
Kongres Nasional PKR 2017 pada 21 Mei 2017 menjadi saksi betapa Penasihat Pakatan Harapan, Mahathir, kena "game" dengan PKR, DAP dan PAN.
Nasihat apa pun mereka tidak pernah minta dari Mahathir, tiba tiba sahaja Mahathir dimalukan bila diajak sama mengangkat plakad 'Anwar PM Ke-7'.
Mahathir pula terus ego tidak mahu mengangkat plakad berkenaan walau hanya di depan matanya sahaja. Untuk menutup malu, Mahathir buat buat main telefon.
Ini kerana dalam hati Mahathir, dia masih mahukan anaknya sendiri Mukhriz diangkat sebagai Perdana Menteri ke-7. Sebab itu dia enggan mengangkat plakad tersebut.
Malahan dalam respon terhadap perkara itu, Mukhriz antara orang pertama yang berkata bahawa bakal PM adalah ditentukan oleh perbincangan Pakatan Harapan, bukannya PKR.
Apatah lagi sehingga ke saat ini, Mukhriz, Mahathir dan Lim Kit Siang tidak pernah menafikan apa yang dikata oleh bekas Naib Presiden DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang mendedahkan ada pakatan sulit untuk melantik Mukhriz sebagai PM dan DAP sebagai TPM.
Apakah perjanjian sulit sudah dimungkiri DAP? DAP nampaknya mula berpakat secara sulit pula mengangkat Wan Azizah dan Anwar sebagai PM.
Itulah punca mengapa Mahathir enggan mengangkat plakad dan terus lari meninggalkan kongres PKR itu apabila cuba ditanya oleh wartawan selepas itu.
Sebelum itu lagi, Mahathir dan Muhyiddin sudah kena "game" bila diminta untuk "sign petition" bebaskan Anwar Ibrahim. Mahathir dan Muhyiddin sudah "desperate" kerana mereka sekarang bukanlah ada kuasa apa pun, yang berkuasa adalah DAP dan PKR.
Kongres PKR semalam juga menyaksikan kumpulan reformasi sekali lagi melaungkan jeritan reformasi itu kuat kuat di hadapan muka Mahathir. Luka orang orang PKR nampaknya masih berdarah, belum pun menjadi parut nampaknya.
Pada November 2016, Mahathir berkata kepada semua parti pembangkang agar jangan lagi memilih calon PM sebelum Putrajaya dapat ditawan. Nampak sangat, Mahathir ada nama lain dalam hatinya untuk jadi PM, bukannya Anwar, Azizah atau Azmin.
Ini yang pihak PKR tidak setuju, mereka takut Mahathir kecoh mereka dan angkat Mukhriz terus dengan bantuan DAP. Sebab itulah dalam hal ini, Mahathir sanggup berpakat dengan DAP untuk membolehkan cita citanya itu tercapai.
Dalam Kongres PKR semalam juga, anak Mahathir dan Mukhriz dimalukan bila diedar senarai Kabinet Bayangan pembangkang. Muhyiddin hanya Menteri Pelajaran dan Mukhriz jadi Menteri MITI.
Lagi rendah jawatan Muhyiddin berbanding jawatan dia dalam UMNO dulu, sama juga dengan Mukhriz setakat jadi Menteri MITI sahaja, sedangkan DAP, PKR dan PAN dapat jawatan lebih kanan dan tinggi dari itu.
Jadi lebai malang sahajalah Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz bila duduk dalam pembangkang. DAP sudah mungkiri perjanjian sulit dengan Mahathir untuk jadikan Mukhriz sebagai PM.
Mengapa DAP buat begitu? Kerana selama hampir 10 bulan sejak diluluskan ROS pada Ogos 2016, DAP sudah nampak PPBM tidaklah sekuat mana. Ahli tidak ramai, gaduh sana sini dan ramai sudah yang keluar parti bunga.
Kalau PPBM tidak kuat, buat apa DAP hendak pakat lagi secara sulit dengan Mahathir menyokong Mukhriz, baik DAP pakat dengan PKR dan sokong Anwar.
Sekarang Mahathir hanyalah sekadar penasihat sahaja, DAP lagi kuat. Pakatan Harapan nampaknya sudah kelam kabut, sesama mereka sudah bergaduh besar soal siapa hendak jadi PM.
Hayat PPBM nampaknya tidak lama. Najib yang mereka hendak tumbang tidak berjaya, yang tumbang dan layu PPBM sendiri.
Belum pun masuk gelanggang PRU14, bunga sudah kecundang di tangan roket dan mata lebam.
Tulisan :
Beruang Biru
BB435, Isnin
22 Mei 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q1uB66
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment