Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makan Madu Yang Telah Lama Disimpan Lebih Dari Setahun Akan Menyebabkan Kanser Jika Dimakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makan Madu Yang Telah Lama Disimpan Lebih Dari Setahun Akan Menyebabkan Kanser Jika Dimakan

KOTA BHARU – Sekiranya anda memakan madu lama atau yang telah lama disimpan lebih dari satu tahun, ia dikatakan akan menyebabkan kanser terjadi jika anda memakannya. Menurut keterangan Pensyarah Pusat Genom Manusia, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Gan Siew Hua menyarankan orang ramai hanya memakan madu yang disimpan dalam tempoh setahun sahaja bagi mengelakkan risiko penyakit kanser.
Prof. Dr. Gan Siew Hua - Kosmo
Beliau menjelaskan, kepercayaan umum bahawa madu tidak mempunyai tarikh luput perlu diubah kerana ia boleh menjadi punca pengguna terdedah kepada penyakit kanser usus dan hati.

Katanya lagi, kepekatan 5-hidroksimetilfurfural (HMF) dalam madu menjadi lebih tinggi apabila disimpan terlalu lama sekali gus meningkatkan kesan karsinogenik atau pencetus kanser khususnya kanser usus dan masalah hati.

“Selain faktor madu lama, madu juga didapati mempunyai kepekatan HMF yang tinggi jika dipanaskan dalam jangka masa panjang dan suhu tinggi semasa pemprosesan atau disimpan di tempat yang tidak sesuai.

“Kita mengetahui bahawa madu mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tetapi pengguna perlu berhati-hati dan mengelak menyimpannya terlalu lama,” katanya. - Kosmo



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q0CjgJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.