Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menanti kelahiran anak yang ke-20 dan terakhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menanti kelahiran anak yang ke-20 dan terakhir

Pasangan suami isteri, Noel dan Sue Radford, kini menanti kelahiran anak mereka yang ke-20 dan mengambil keputusan, anak yang akan dilahirkan September depan itu adalah yang terakhir.

Sue, 42 berkata, keputusan diambil kerana usianya yang semakin meningkat.

“Saya dapat merasakan keletihan ketika melahirkan dua anak terakhir sebelum ini. Selepas berbincang dengan Noel, kami mengambil keputusan untuk berhenti setakat 20,” katanya.

Selain itu, Sue yang melahirkan anak pertamanya ketika berusia 14 tahun 28 tahun lalu berkata, dia dan suaminya juga sudah buntu untuk memikirkan nama bagi anak mereka.

Sepanjang kehidupan mereka, pasangan itu yang menetap di Kendal, Cumbria membesarkan sendiri semua anak mereka.

Noel berkata, dia tidak pernah terlintas untuk menyerahkan anaknya kepada orang lain kerana tidak mahu anaknya menjalani kehidupan yang sama yang dia dan Sue lalui – dibesarkan oleh keluarga angkat.

Sue berkata, jarak anak sulung dan anak keduanya ialah empat tahun, tetapi dia menghabiskan hampir 30 tahun lalu dengan mengandung atau menyusukan anak.

Untuk anak ke-20nya, Sue berkata, dia dapat mengagak ia lelaki kerana sejak mula mengandung, dia gemar memakan coklat.

“Itu tabiat saya jika saya hamil anak lelaki. Jika anak perempuan, saya suka makan benda masin atau pedas,” katanya. – Agensi

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Menanti kelahiran anak yang ke-20 dan terakhir

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGpdli

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.