Hi! Welcome Back and Stay Tune! MUKHRIZ: BAWA NAMA CALON PM KE MESYUARAT PAKATAN HARAPAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MUKHRIZ: BAWA NAMA CALON PM KE MESYUARAT PAKATAN HARAPAN

SHAH ALAM – Di sebalik sokongan penuh kepimpinan dan perwakilan PKR terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ketujuh bagi PRU14, situasi berbeza pula bagi pemimpin Bersatu.

Gelagat Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencuri tumpuan ramai apabila tidak turut serta mengangkat plakad ‘Anwar PM ke-7’.

Mahathir dilihat memegang telefon pintarnya dan merakam perwakilan yang mengangkat plakad, manakala Muhyiddin sekadar bertepuk tangan.

Mukhriz ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden berkata, nama calon perdana menteri ke tujuh akan dibawa ke dalam perbincangan Pakatan Harapan pada sesi akan datang.

“Tak apalah, kita bincangkan ini di (mesyuarat) Pakatan Harapan sebelum kita buat sebarang keputusan.

“Tapi saya setuju sebaik-baiknya calon perdana menteri diumumkan sebelum PRU,” katanya di Kongres Nasional PKR, di sini semalam.

Mengulas mengenai tindakan Muhyiddin dan Mahathir, beliau berkata, kemungkinan kedua-dua tokoh berkenaan sibuk mengambil gambar.

“Saya rasa mereka sibuk mengambil gambar dan disebabkan itu tidak memegang sepanduk. Tempat saya duduk juga tidak disediakan plakad berkenaan,” katanya.

Sementara itu Mahathir ketika ditemui mengakui menyokong pembebasan Anwar yang kini dikenakan hukuman penjara.

“Bukan saya yang menyebabkan beliau dipenjara, itu cerita lama,” katanya.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJqLLf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.