Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘No Deal’ Antara Britain Dan EU Boleh Terjadi – David Davis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘No Deal’ Antara Britain Dan EU Boleh Terjadi – David Davis

Britain sedang bersedia untuk berhenti dari rundingan Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU) walaupun tanpa sebarang perjanjian, kata Menteri Brexit David Davis pada Ahad.

Rundingan akan bermula bulan depan di mana majoriti ahli EU yang lain mahu Britain dihukum. Theresa May sebelum ini telah menyatakan tiada perjanjian adalah lebih baik daripada perjanjian yang hanya merugikan UK.

Perkara ini pula dikritik oleh musuh politik khsusnya dari Parti Buruh kerana pendirian seperti itu hanya akan memberi risiko ketidaktentuan kepada perniagaan dan juga akan semakin menegangkan rundingan kedua-dua pihak.

Davis pula berkata, risiko seperti ini boleh berlaku dan Britain telah bersedia.

Dalam temubual berasingan, May berkata bahawa beliau mahu sumbangan UK selama ini diambil kira dalam menentukan jumlah yang perlu dibayar oleh Britain kepada EU apabila meninggalkan Eropah.

“Terdapat banyak perdebatan tentang obligasi UK atau hak kita yang sebenar dari segi pembayaran wang sebelum ini. Kita akan melihat perkara ini, hak dan obligasi,”kata beliau.

Ketua perunding EU Michael Barnier berkata kepada Suruhanjaya EU yang akan berfokus kepada hak penduduk, isu kewangan dan sempadan dan beliau berharap perjanjian ini dapat dimeterai antara Oktober dan Disember.

The post ‘No Deal’ Antara Britain Dan EU Boleh Terjadi – David Davis appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qGxnfU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.