Nur Sajat Terima Gelaran Dato' Kejutan Besar Bagi Netizen
KUALA LUMPUR - Gempar di media sosial apabila si cantik manis Nur Sajat memuat naik satu gambar yang memaparkan beliau telah menerima kurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato' pada baru-baru ini yang diadakan di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.
Nur Sajat sememangnya dikenali, lebih-lebih lagi di media sosial kerana kontorversi yang membabitkan dirinya apabila dia memuat naik satu pengesahan doktor yang menyatakan bahawa beliau adalah seorang wanita tulen, namun kenyataan itu telah membuatkan dirinya dikecam hebat oleh netizen yang tetap menuduhnya adalah seorang 'transgender' atau pun mak nyah.
Selepas Nur Sajat memuat naik gambar penerimaan darjah kebesarannya itu di laman Instagram miliknya, rata-rata netizen telah menyampaikan ucapan tahniah di atas kejayaannya itu yang telah mendapat gelaran Dato'.
Dato' Nur Sajat dikatakan telah layak menerima gelaran itu kerana usaha gigihnya selama ini dalam dunia perniagaan dan kecantikan, malah turut dikatakan beliau banyak membuat perkongsian tentang hal-hal wanita menerusi media sosial miliknya di Instagram.
Biarpun sering dijadikan bahan kecaman orang ramai, beliau dilihat tidak begitu cepat melatah malah bersahaja dan bijak mengendalikan serta membalas sebarang usikan netizen. - Koleksi Viral
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pD3y0Z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment