Panasonic Memanggil Semula 280000 Pek Bateri Tablet ToughPad Kerana Risiko Kebakaran
Tablet tahan lasak Panasonic terkenal untuk ciri-ciri lasak seperti kalis air, habuk, tekanan dan daya ketahanannya di situasi-situasi seperti cuaca panas ataupun sejuk yang ekstrem. Komponen peranti-peranti ini seperti bateri dan sebagainya boleh diubah menggunakan sistem modular.
Akan tetapi, nampaknya syarikat pembuat peranti dari Jepun tersebut baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan memanggil semula 280,000pek-pek bateri untuk tablet Panasonic ToughPad FZ-G1 generasi pertama hingga ketiga, kerana mereka khuatiri bahawa bateri-bateri tersebut mempunyai risiko kebakaran.
Menurut pihak Panasonic, mereka telah menerima 16 laporan mengenai pek-pek bateri ini meletup ataupun terbakar kerana tablet tersebut digunakan di kawasan-kawasan dengan cuaca yang ekstrem. Laporan-laporan ini diterima sekitar bulan Mac hingga April 2017 dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan juga Australia.
Pihak Panasonic menasihatkan pengguna-pengguna tablet FZ-G1 untuk memeriksa pek bateri mereka dan jika model SKU ia sama seperti yang ditunjuk (FZ-VZSU84U, FZ-VZSU89U atau FZ-VZSU96U), mereka disarakankan memuat turun kemaskini firmware yang akan mengurangkan kuasa pengecasan dari 4.2V ke 4.0V, dan tetapan operasi bateri tersebut supaya suhunya tidak naik terlalu tinggi. Pengguna-pengguna kemudiannya boleh berinteraksi dengan pihak Panasonic untuk mendapatkan pek bateri yang baru tanpa perlu memulangkan bateri yang lama.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q0HnBK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment