Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS: SUARA ISLAM MESTI DUA PERTIGA DI PARLIMEN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS: SUARA ISLAM MESTI DUA PERTIGA DI PARLIMEN

PAS menggesa umat Islam bersatu dan memastikan dua pertiga anggota parlimen di Dewan Rakyat beragama Islam bagi mengukuhkan kuasa politik mereka.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, meskipun Islam merupakan agama persekutuan dan majoriti penduduk adalah muslim, namun masyarakat Islam di negara ini masih lemah.

“Islam sebagai agama Persekutuan. Majoriti penghuni negara ini ialah muslim. Pemimpin utama negara beragama Islam. Tapi umat Islam masih lemah dalam jumlah mereka yang ramai, hina di hadapan kaum bangsa sendiri, bangsat di atas tanahair sendiri.

“Kuasa politik Islam wajib diperkasa. Suara Islam mestilah 2/3 majoriti di parlimen,” jelas Nasrudin dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, umat Islam perlu bangkit dari lena yang panjang dan keluar dari zon selesa mereka.

“Umat Islam wajib bersatu untuk mengembalikan maruah dan izzah ummah,” kata Nasrudin.

Pada masa ini, terdapat  seramai 135 anggota parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat atau bersaaman 61 peratus daripada keseluruhan 222 anggota parlimen.
Gesaan Nasrudin itu adalah jauh berbeza dengan slogan “PAS untuk semua” pada dua pilihan raya umum yang lalu.

PAS baru-baru ini memutuskan hubungan dengan PKR dan merancang untuk bertanding sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen di seluruh negara.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q0a0iQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.