Pelajar Jatuh Dari Tingkat 3 Sekolah
KLANG: Seorang pelajar Tahun 6 cedera selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah itu.
Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata mangsa ditemui terbaring di kaki lima kira-kira jam 7.20 pagi oleh guru bertugas.
Katanya, pihak sekolah membawa pelajar berkenaan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini, bagi mendapatkan rawatan.
"Mangsa cedera di kepala dan retak tulang leher tetapi stabil dan sedar," katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.
Alzafny berkata, sebelum kejadian, mangsa berada di dalam kelas di tingkat tiga berkenaan.
Mangsa kemudian diarahkan pengawas untuk turun ke dewan bagi sesi perhimpunan, tetapi memberi alasan akan turun kemudian.
"Hasil siasatan awal mendapati, ada satu kerusi di koridor bertentangan kelas mangsa," katanya.
Alzafny berkata, pihaknya difahamkan, mangsa tidak hadir ke sekolah selama tiga hari sejak Rabu lalu kerana mengalami sakit telinga.
"Hari ini, difahamkan juga, mangsa memaklumkan kepada bapanya dia tidak mahu ke sekolah kerana tiada persefahaman dengan rakan sekelas," katanya.
Beliau berkata, motif kejadian masih disiasat dan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q1hou1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment