Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkara Paling Penting Ibu Bapa Harus Lakukan Untuk Ajak Anak-Anak Tentang Adab Ketika Makan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkara Paling Penting Ibu Bapa Harus Lakukan Untuk Ajak Anak-Anak Tentang Adab Ketika Makan


Dalam budaya timur, adab ketika makan adalah satu perkara yang dititik beratkan oleh masyarakat kita, jadi ianya perlulah diterapkan sejak kanak-kanak lagi untuk mereka belajar dan menjadi tabiat apabila besar nanti.

Mungkin kelihatan agak susah untuk mengajar anak kecil, namun jika kita seharian mengajarnya ia akan menjadi satu kebiasaan bagi mereka kerana perlu diketahui kanak-kanak ini sebenarnya cepat belajar kerana perasaan ingin mencuba mereka.

Berikut adalah antara adab ketika makan yang anda boleh mula terapkan mengikut umur anak-anak anda:



• Umur 3-5 tahun:
o Duduk diam di meja makan tanpa bergerak-gerak atau merayau-rayau ke tempat lain
o Makan hanya selepas semua ahli keluarga telah duduk di meja makan
o Kunyah makanan secara perlahan dengan mulut tertutup
o Minta makanan dengan sopan
o Tidak membuat komen negatif seperti "yuck!"

• Umur 6-7 tahun:
o Cara-cara menggunakan kutleri seperti pisau dan chopsticks
o Ambil makanan dalam kuantiti yang sederhana agar tidak membazir
o Ucapkan terima kasih kepada orang yang menyediakan makanan



• Umur 8-10 tahun:
o Cara-cara untuk menjadi tuan rumah yang baik apabila ada tetamu yang makan bersama
o Tidak membawa telefon pintar atau alat elektronik ke meja makan
o Hidang dan hulurkan makanan dengan sopan sambil mengutamakan orang yang lebih tua, seperti ibu bapa serta datuk dan nenek
o Ringankan tulang untuk bantu mengemas meja setelah selesai makan


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKpgwF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.