Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permintaan Syarikat Insurans Naikkan Kadar Premium Pnsurans Kenderaan Tidak Akan Dilayan – Johari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permintaan Syarikat Insurans Naikkan Kadar Premium Pnsurans Kenderaan Tidak Akan Dilayan – Johari


Terdapat ura-ura yang menyatakan syarikat insurans ingin menaikkan kadar premium kenderaan berdasarkan profil risiko pemegang polisi yang akan berkuat kuasa Julai depan. Namun buat masa ini, ia ditolak oleh kerajaan.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kerajaan tidak akan melayan mana-mana syarikat insurans yang ingin menaikkan kadar premium kenderaan tanpa mengemukakan justifikasi kenaikan kepada Bank Negara Malaysia (BNM), laporan Berita Harian.

Katanya lagi, kenaikan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa penilaian dan kelulusan pihak BNM.

“Tiada alasan kenaikan ini dibuat terhadap pemilik kenderaan yang tidak merekodkan sebarang kemalangan. Lagipun, antara justifikasi BNM adalah syarikat insurans yang diberi lesen tidak boleh menaikkan kadar premium insurans jika keuntungan melebihi tuntutan insurans.

“BNM ada formula sendiri menerusi langkah ini dan ia sebenarnya bermanfaat untuk jangka masa panjang. Mengikut tarif sedia ada, kadar premium akan bertambah murah bagi pemilik dan pemandu kenderaan yang berhemah,” katanya sewaktu mengulas isu ini. - Paultan


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q1W8V2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.