Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis berkas Inspektor tembak mati teman wanita selepas lima jam larikan diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis berkas Inspektor tembak mati teman wanita selepas lima jam larikan diri

KUCHING: Kurang enam jam selepas melarikan diri, pasukan Siasatan Jenayah Berat D9 IPK Sarawak berjaya memberkas seorang pegawai polis, yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan teman wanitanya di Kampung Kakai, Serian petang tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansur ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dilakukan sekitar jam 9.35 malam tadi berhampiran pasar raya Emart, Matang dekat sini.
“Tidak ada kejadian tidak diingini berlaku.Tangkapan dilakukan tanpa provokasi,” katanya lagi.
Mazlan turut mengesahkan bahawa suspek merupakan pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga.



“Berdasarkan maklumat awal, suspek dilihat memasuki bilik mangsa sebelum melepaskan satu das tembakan.
“Mangsa yang dikenal pasti sebagai Christie merupakan seorang janda,  dan hubungannya dengan suspek adalah teman lelaki.
Kata Mazlan, pihaknya tidak dapat mengesahkan status mangsa dan suspek kerana dalam rekod rasmi jabatan, tiada rekod membuktikan suspek berkahwin lagi. ”
Ketika ini katanya, fokus siasatan adalah berkaitan aspek peribadi suspek dan mangsa, dan tiada unsur lain.
Insiden ini dilaporkan berlaku sekitar jam 3.15 petang, petang tadi di sebuah di Kampung Kakai dengan mangsa ditemui mati oleh jirannya setelah mendengar bunyi satu das tembakan.
Jiran berkenaan kemudian dimaklumkan oleh ibu mangsa bahawa tembakan itu dilepaskan oleh menantunya, yang juga seorang pegawai polis.
Kerana takut, ibu mangsa kemudian meminta jirannya memeriksa keadaan di dalam bilik berkenaan sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Suspek yang dikategori berbahaya kerana membawa senjata kemudian melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM berwarna putih.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Sarawakvoice




 ✍ Sumber Pautan : ☕ Sarawakvoice

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server :  http://sarawakvoice.com/2017/05/21/polis-berkas-inspektor-tembak-mati-teman-wanita-selepas-lima-jam-larikan-diri/

 (✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


http://www.jutawanapp.com/?id=mukahpages 

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.