Hi! Welcome Back and Stay Tune! Qari Iran dan qariah Malaysia juara Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Qari Iran dan qariah Malaysia juara Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa

QARI Iran dan qariah Malaysia diumumkan sebagai Johan Kategori Tilawah, Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-59 dengan masing-masing memperoleh 89.96 dan 91.52 peratus markah, malam ini.

Kemenangan itu membolehkan Hamed Alizadeh Marghzari Gholamhassan, 26, dan Normalina Alias, 34,  masing-masing membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70,000 tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), wang tunai RM40,000, dan piala iringan.

Pengisytiharan majlis penutup dan pengurniaan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

Tempat kedua dimenangi qari dan qariah dari Brunei, Awangku Muhd Adibul Amin Pengiran Marjuki yang memperoleh 89.58 peratus dan Dayang Siti Noor Dzuhairah Awang Damit dengan 86.63 peratus markah membawa pulang wang tunai RM30,000.

Qari negara, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad merangkul tempat ketiga dengan markah 89.09 peratus bersama qariah dari Singapura, A’tiiqah Suhaimi dengan markah 86.01 peratus menerima hadiah wang tunai RM20,000.

Sementara itu,  bagi kategori hafazan yang diperkenalkan empat tahun lalu, johan disandang hafiz dari Senegal dan hafizah dari Nigeria, Diallo Mouhamed Al Muoudjtaba dan Aishatu Musa Gale dengan 94 dan 92.76 peratus markah.

Pemenang bagi kategori hafazan membawa pulang kepingan emas bernilai RM50,000, wang tunai RM20,000, dan piala iringan.

Dalam majlis bertemakan Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan itu, seramai 56 peserta menyertai kategori Tilawah manakala 33 peserta lagi menyertai kategori Hafazan yang mewakili sebanyak 55 negara.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Qari Iran dan qariah Malaysia juara Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qEBp8w

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.