Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Lelaki 16 Tahun Didakwa Meliwat Adik Perempuan Keluarga Angkat Diberkas Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Lelaki 16 Tahun Didakwa Meliwat Adik Perempuan Keluarga Angkat Diberkas Polis

SIBU - Seorang remaja lelaki yang berusia 16 tahun telah ditahan polis setelah didakwa meliwat adik perempuan keluarga angkatnya yang berusia 8 tahun, lapor Utusan Borneo. Perbuatan terkutuk berkenaan telah disedari oleh ibu kandung mangsa yang berusia 26 tahun, setelah diberitahu oleh doktor yang telah merawat dan menjalankan pemeriksaan terhadap anak perempuannya serta mendapati ada kesan luka kecil di bahagian dubur mangsa, pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, satu laporan yang membabitkan kes liwat berkenaan telah diterima oleh pihak polis dan beliau turut mengesahkan bahawa di bahagian dubur mangsa mempunyai kesan luka seperti dimaklumkan oleh doktor.

Pasukan polis juga kini telah berjaya menjejaki serta memberkas suspek yang dipercayai adalah saudara mangsa sendiri.

ACP Saiful turut memberitahu, suspek telah ditangkap semalam dan suspek juga tidak mempunyai perkerjaan serta tinggal serumah bersama mangsa.

Mangsa juga telah membuat pengakuan bahawa dia telah diliwat oleh suspek yang juga merupakan anak angkat saudara terdekat keluarga mangsa, jelas ACP Saiful.

Suspek kini telah direman selama enam hari sehingga 15 Mei ini bagi membantu polis untuk menjalankan siasatan terperinci. Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana disyaki meliwat, katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pkEFXK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.