Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rezeki lepas kahwin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rezeki lepas kahwin

Rezeki bergelar isteri mula dirasakan penyanyi Ila Damiaa. Kehidupannya juga semakin berbeza terutama pengendalian masa.

Menurut Ila, pada awal perkahwinan dia tidak terlalu sibuk namun selepas muncul dengan single baru berjudul Cuma Kamu, jadualnya semakin padat.

“Saya perlu bijak menyusun jadual. Malah, komitmen sebagai isteri dan penyanyi membuatkan saya lebih menghargai masa,” katanya.

Akui Ila, pada peringkat awal rangka promosi single itu, dia agak kelam-kabut.

“Mula-mula memang huru-hara. Syukur, selepas dapat menyesuaikan diri segalanya berjalan lancar,” katanya.

Menetap di Kuching, Sarawak tidak menghalang Ila untuk berulang alik ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan single terbarunya itu.

“Saya kerap berulang-alik dan ada kalanya suami menemani saya ke Kuala Lumpur. Dia faham kerjaya dan tanggungjawab saya di sini,” katanya.

Ditanya sama ada suaminya, Abang Mohd Sahril Abang Spian meletakkan sebarang syarat jika mahu terus aktif menyanyi, Ila menggeleng kepala.

“Dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada saya. Dia pun gembira melihat saya kembali aktif menyanyi dan sentiasa memberikan sokongan.

“Kalau nak tahu, dia peminat dan pengkritik nombor satu saya,” katanya.

Ila juga meluahkan rasa syukur kerana bernaung di bawah label yang memahami komitmennya sebagai isteri.

“Kartel umpama keluarga buat saya. Mereka tidak pernah meletakkan syarat, bahkan membenarkan saya berumah tangga dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin.

“Saya juga sangat berpuas hati dengan cara mereka menguruskan kerjaya saya,” katanya.

Selepas setahun bergelar isteri, antara soalan yang paling kerap diterimanya adalah mengenai cahaya mata.

“Kami tidak merancang dan sentiasa berusaha mendapatkan zuriat. Namun, belum ada rezeki setakat ini.

“Kadangkala, penat juga apabila kerap diajukan soalan sama. Namun, saya melihatnya dari sudut positif dan menganggap mereka mengambil berat mengenai saya,” kata Ila.

Ila sentiasa mengharapkan kerjayanya berjalan lancar, malah single barunya diterima baik semua pihak.

The post Rezeki lepas kahwin appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pzpkhg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.