Hi! Welcome Back and Stay Tune! "RM50 Dah Boleh Beli Sekampit Beras," Johan Marah Peminat Sanggup Bazirkan Duit Undi Artis Kegemaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"RM50 Dah Boleh Beli Sekampit Beras," Johan Marah Peminat Sanggup Bazirkan Duit Undi Artis Kegemaran

Walaupun telah memenangi tiga kategori pada Anugerah MeleTop Era (AME) 2017 bulan lalu, itu bukanlah satu kebanggaan bagi pelawak Terkenal Johan, lapor Projek MMO.




Ini kerana menurut Johan atau nama sebenarnua Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, dia berasa kurang senang kerana peminat telah menghabiskan wang mereka demi memastikan kemenangannya artis kesayangan mereka dalam sesebuah anugerah.

“Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa.

“Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik.

“Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya,” katanya.

Johan yang turut menjadi pengacara AME 2017 bersama Nabil dan Neelofa itu telah merangkul tiga anugerah yang dipertandingkan.

Tiga anugerah itu ialah artis lawak, penyampai radio dan program radio yang dipilih berdasarkan undian peminat.

Menurut johan lagi, kemenangan pada malam itu tidak menjadi keutamaan kerana komitmen mengacara lebih diutamakan.

“Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit.

“Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi atas talian tidak mengapa, itu tidak guna duit.

“Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan.

“RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat beras sekampit,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pL2iEd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.