Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rombakan besar-besaran PDRM tidak diumum - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rombakan besar-besaran PDRM tidak diumum

ROMBAKAN dalaman secara besar-besaran yang sedang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan dihebohkan atau diumumkan secara terperinci bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif terhadap pegawai yang terbabit.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, persepsi negatif itu harus dielakkan selepas pegawai berkenaan dipindahkan ke tempat tertentu mengikut kesesuaian nanti.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menyambut baik terhadap usaha yang diambil oleh PDRM untuk melakukan perubahan dalaman organisasi berkenaan.

"Rombakan besar-besaran sedang dilakukan, pengumuman secara terperinci tidak akan dibuat kerana ini akan menyebabkan berlakunya salah sangka atau persepsi berbeza apabila pegawai itu ditempatkan di tempat tertentu mengikut kesesuaian.

"Kita lakukan rombakan secara dalaman dan besar-besaran. Ini susulan seperti apa yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalannya Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, saya menyambut baik langkah yang dilakukan untuk membetulkan organisasi ini dari dalam," katanya pada sidang media selepas mengadakan menghadiri program makan tengah hari dan solat zohor di Kampung Orang Asli Bukit Dugang, Dengkil, di sini, tadi.

Hadir sama Noor Rashid.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r89gYV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.