Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semoga dipermudahkan pencarian  - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semoga dipermudahkan pencarian 

rabiatul@hmetro.com.my

OPERASI Mencari dan Menyelamat (Carilamat) sembilan anak kapal KD Perdana yang hilang selepas bot dinaiki terputus hubungan dengan kapal itu diteruskan di sekitar Perairan Sedili, Johor sejak malam tadi.

Dalam kenyataan Markas Wilayah Laut 1, operasi diperluaskan menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Persatuan Nelayan Sedili.

Menurutnya, kedudukan terakhir bot dan hubungan komunikasi terputus di kedudukan 29 batu nautika, Timur Tanjung Sedili Besar.

"Ketika kejadian keadaan cuaca baik dengan ketinggian ombak satu hingga 1.5 meter dengan kelajuan angin 20 hingga 30 kilometer sejam.

"Bilik operasi Carilamat ditubuhkan di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan. Usaha pencarian masih dijalankan membabitkan 11 aset di laut dan dua aset udara," katanya.

Katanya, bot dan anak kapal dipercayai berlindung di daratan berhampiran atau bot nelayan di kawasan perairan itu.

Dalam kejadian jam 8.09 malam itu, KD Perdana mengesan 10 bot nelayan Vietnam di Perairan Sedili dan lima bot penceroboh berjaya diarahkan keluar, manakala lima lagi menghala ke utara.

Bot diarahkan melaksanakan operasi mengeledah dua bot Vietnam yang menghala ke barat, manakala kapal menghalau bot yang lain.

Namun, pada jam 8.13 malam kapal gagal menghubungi bot dan meneruskan operasi pencarian di sekitar lima radius kawasan terbabit.

Sehingga jam 7.30 pagi hari ini, bot yang dinaiki 9 anak kapal termasuk kapten itu masih gagal dikesan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qJyTOP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.