Shahidan Kassim & Azlan Man Tiada Dalam Senarai Calon BN Perlis PRU14?
UMNO Negeri Perlis sudah selesai menghantar senarai cadangan calon PRU14 di negeri berkenaan bagi mewakili parti berkenaan nanti.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, senarai yang dihantar itu adalah cantuman muka-muka baharu, bersama-sama dari 2 sayap parti iaitu Wanita dan Pemuda UMNO Perlis.
"Terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya (senarai calon). Perdana Menteri juga mempunyai orang yang memantau calon ini daripada semasa ke semasa," katanya.
Perkembangan ini menimbulkan persoalan lebih rumit dan penuh teka teki sama ada benarkah desas desus mengatakan bahawa 2 nama besar di negeri berkenaan sudah hilang dari senarai bakal calon tersebut?
Dua nama yang disebut-sebut tidak lagi bertanding dalam PRU14 berkenaan adalah Shahidan sendiri yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perlis dari tahun 1995 hingga 2008.
Seorang lagi nama yang dikhabarkan akan tidak bertanding adalah Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Azlan Man.
Beliau tidak pernah terlibat aktif dalam politik sebelum ini kerana berkhidmat sebagai PTD sejak 1983 sehinggalah 'dipanggil' untuk bertanding dan menang di DUN Pauh pada 2013.
Atas kekurangan kemahiran berpolitik, maka nama beliau dikatakan kurang 'enak' dari kalangan orang politik di negeri paling kecil di Malaysia tersebut.
Berbeza pula dengan Shahidan. Beliau merupakan 'warload' terbesar politik Perlis, justeru beliau memiliki pelbagai pengalaman selok belok politik negeri berkenaan.
Bagaimanapun, disebabkan terlalu lama memegang kuasa politik negeri, ada suara-suara politik berkata Shahidan boleh menjadi punca kenapa kurangnya pelapis muda dalam politik UMNO di Perlis sehingga sekarang.
Maka menurut sumber berkenaan, mereka sedang berusaha untuk mengubah landskap ini agar muka-muka baru yang betul-betul baru dapat mentadbir politik dan kerajaan negeri.
Namun, sejauh mana golongan yang 'betul-betul muda' ini mampu memacu politik dan kerajaan negeri dengan cemerlang tanpa ada sentuhan tangan daripada 2 pemimpin berpengalaman dalam bidang mereka masing-masing?
Bukankah kombinasi politik dan pengalaman pentadbiran kerajaan yang ada pada Shahidan dan Azlan sudah cukup hebat untuk memacu sebuah negeri kecil menjadi negeri maju?
Hanya mungkin yang perlu dilakukan adalah 'pemerkasaan dan muafakat' antara mereka berdua, setuju? -KAKI PALU
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pL6gwz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment