Hi! Welcome Back and Stay Tune! Snapchat Tidak Gentar Dengan Facebook Yang Meniru Penawaran Fungsi Lebih Kurang Sama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Snapchat Tidak Gentar Dengan Facebook Yang Meniru Penawaran Fungsi Lebih Kurang Sama

Facebook boleh dikatakan agak aktif dalam menawarkan ciri-ciri seumpama Snapchat pada perkhidmatan mereka, termasuk baru-baru ini mereka telah memperkenalkan “Stories” bukan sahaja pada Instagram dan Facebook, tetapi juga pada WhatsApp. Melaluinya, pengguna boleh berkongsi gambar dan video yang akan hilang selepas 24 jam.

Menyentuh mengenainya, CEO Snapchat dilihat tidak takut akan perkara berkenaan.

“Sekiranya anda ingin menjadi syarikat kreatif, anda perlu selesa dan suka apabila orang meniru produk anda sekiranya anda melakukan sesuatu yang baik,” kata Evan Spiegel. “Cuma kerana Yahoo! mempunyai kotak carian, ia tidak bermakna mereka adalah Google”, tambah beliau, memperlihatkan bagaimana kedua-dua syarikat berkenaan bersaing pada awal 2000-an.

Dengan pengenalan ciri serupa pada Facebook, angka pengguna baru di Snapchat semakin berkurangan, malah penambahan angka baru pada suku pertama yang lepas adalah sangat sedikti. Snapchat dilihat menambah sekitar 8 juta pengguna aktif baru pada tempoh tiga bulan pertama 2017 ini, dan mereka kini mempunyai sejumlah 166 juta pengguna aktif seluruh dunia – yang mana jauh lebih sedikit berbanding dengan Instagram.

Angka-angka ini membuatkan para pelabur tidak begitu selesa, dan telah membuatkan harga saham Snapchat jatuh pada awal pagi ini.

Seperti biasa, dengan persaingan sihat antara kedua-dua syarikat ini, semestinya kita ingin lihat apakah perubahan-perubahan baru yang akan hadir daripada Snapchat dalam terus menyaingi Facebook dan pesaing lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWEWQy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.