Tahukah Anda 9 Warna Air Kencing Ini Menerangkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Kita! Korang perlu check warna air kencing korang sekarang!
Oleh itu, selepas membuang air kecil, pastikan warna air kencing anda dahulu untuk mengetahui sebab-sebab perubahan warna air kencing seperti yang tersenarai ini :
1. TIADA WARNA ATAU JERNIH
Kalau air kencing anda tidak mempunyai warna iaitu jernih sahaja, ini kerana anda telah minum terlalu banyak air. Memang betul minum banyak air sangat bagus untuk kesihatan tetapi jangan terlebih kadar air pula ya. Jika keadaan sebegini berlaku, anda boleh kurangkan sedikit minum air untuk mendapatkan warna air kencing yang sihat.
2. WARNA KUNING PUCAT
Inilah warna air kencing yang menjadi penanda aras kesihatan tubuh badan seseorang itu. Minum air dengan cukup dan jangan terlebih kandungan air, kerap pergi ke tandas dan mengamalkan pemakanan yang sihat adalah faktor yang membantu anda untuk mendapatkan air kencing berwarna kuning pucat ini. Ini bermaksud, tubuh badan anda adalah normal dan terhidrat.
3. WARNA KUNING JERNIH / KUNING TERANG
Air kencing berwarna kuning yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu pucat ini juga adalah penanda aras bahawa tubuh badan anda adalah di tahap yang normal. Salah satu penyebab kepada air kencing berwarna ini adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Jadi, kurangkan dari terdedah dengan cahaya matahari untuk mendapatkan warna air kencing yang lebih sihat.
4. WARNA KUNING PEKAT SEPERTI MADU
Air kencing berwarna kuning pekat ini berada di dalam fasa terakhir tahap ‘normal’ badan seseorang itu. Ini menunjukkan bahawa anda tidak mendapatkan kandungan air yang cukup untuk buah pinggang terus berfungsi. Untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan, minum air dengan lebih banyak dan kerap membuang air kecil. Rutin ini dapat membantu buah pinggang untuk terus mencerna toksin di dalam badan kita.
5. WARNA COKLAT
Air kencing warna coklat? Tahu atau tidak, jika air kencing anda berwarna ini, anda mungkin mempunyai masalah hati atau ‘severe dehydration’ iaitu dehidrasi terlampau. Untuk mengatasinya pada peringkat awal, pastikan anda minum air dengan secukupnya. Jika keadaan masih berlarutan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk proses yang seterusnya.
6. WARNA KEMERAH-MERAHAN
Jika anda banyak makan ubi merah atau ‘blueberries’, jadi mungkin itu adalah sebabnya. Tetapi jika tidak? Ini bermakna terdapat darah dalam air kencing anda. Mungkin kadang-kadang ada yang terlepas pandang khususnya wanita yang fikir ada kena mengena dengan darah haid, tetapi tidak seperti apa yang anda sangka. Jika ada darah dalam air kencing, ini mungkin penyebab kepada masalah buah pinggang, tumor, jangkitan kuman dalam air kencing mahupun masalah prostat.
7. WARNA OREN
Kadang-kadang ramai yang keliru sama ada air kencing mereka berwarna kuning pekat atau oren kan? Jika air kencing anda berwarna oren, ini boleh juga terjadi di atas faktor pemakanan. Makan terlalu banyak lobak merah juga menjadi penyebab kepada air kencing berwarna sebegini, tetapi dalam masa dua hari air kencing akan kembali normal. Sebab lain ialah, anda mungkin ada masalah dengan hati. Jadi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor supaya masalah ini boleh diselesaikan.
8. WARNA KEBIRUAN ATAU KEHIJAUAN
Air kencing berwarna biru terjadi di atas faktor pengambilan ubat. Faktor pemakanan juga adalah penyebab kepada air kencing berwarna biru ini. Tengok macam aneh kan? Faktor lain juga adalah mungkin saluran urinari atau air kencing anda telah dijangkiti bakteria dan menyebabkan air kencing menjadi warna biru. Dapatkan nasihat doktor supaya anda sentiasa mendapat rawatan yang sepatutnya.
9. AIR KENCING BERBUIH
Air kencing berbuih ini dikatakan terjadi kerana buah pinggang menyahkan segala toksin dan protein yang berlebihan di dalam buah pinggang. Air kencing berbuih juga terjadi kerana masalah dalam sistem urinari dimana jangkita kuman pada saluran air kencing telah berlaku. Jadi, perkara ini adalah agak serius dan jangan perlu dipandang remeh.Untuk individu yang tidak hamil, tidak mengalami dehidrasi dan tidak mengambil supplemen tetapi masih mempunyai air kencing berbuih, anda perlu dapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk mengelakkan hal yang lebih teruk.
Selamat menjalani hidup yang lebih sihat !
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qiX98f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment