“Tak payah panggil Datuk, panggil aje Nassier” – Nassier Wahab terima gelaran Datuk dari Sultan Pahang
Penyanyi popular era 1980-an iaitu Nassier Wahab memberitahu, biarpun baru sahaja menyandang gelaran Datuk, dia lebih senang bersikap ‘low profile’ dan hanya mahu dikenali dengan panggilan Nassier seperti sebelum ini.
Nassier, 55, berkata, sejurus dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Isnin, di mula menerima banyak panggilan dan mesej daripada kenalan terdekat mengucapkan tahniah.
“Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini.
“Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini.
“Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Tambah penyanyi lagu ‘Memori Cinta Luka’ ini lagi, anugerah itu adalah pengiktirafan tertinggi pernah diterimanya selama 30 tahun sejak berkecimpung dalam lapangan seni.
“Selain pengiktirafan ini, September tahun lalu saya pernah menerima anugerah Tokoh Seni Ma’al Hijrah dari Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang),” katanya.
Nassier merupakan antara 158 penerima darjah kebesaran dan pingat yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Isnin. – mStar Online
Via: Mynewshub
Sumber “Tak payah panggil Datuk, panggil aje Nassier” – Nassier Wahab terima gelaran Datuk dari Sultan Pahang
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pNZUxh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment