Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak sepatutnya masjid dijadikan pentas ceramah politik - Mohd Amar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak sepatutnya masjid dijadikan pentas ceramah politik - Mohd Amar

KOTA BHARU: PAS menasihatkan mana-mana pihak terutama anggota Parlimen bukan Islam agar tidak menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik walaupun dibenarkan menziarah.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun orang bukan Islam dibenarkan untuk menziarahi masjid namun dalam masa yang sama mereka perlu sopan dan menjaga tatacara dalam masjid.

"Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat bagi saya itu tak jadi masalah...(tapi) tak sepatutnyalah kalau guna untuk (tujuan) politik," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan dukacita terhadap tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa, yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim dipetik sebagai berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.

Mohd Amar berkata walaupun ramai wakil rakyat PAS menziarahi masjid dan surau terutama ketika Ramadan untuk bertarawih dan sebagainya, namun mereka tidak pernah sekalipun menggunakan tempat ibadat tersebut untuk mengadakan ceramah politik.

"Kita memang pergi ke masjid dan surau, cuma tak kempen pasal politiklah," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjKWAA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.