Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada rakyat M'sia terjejas insiden letupan bom kereta di Kabul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada rakyat M'sia terjejas insiden letupan bom kereta di Kabul

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden letupan bom kereta oleh pelaku bunuh diri di Kabul pagi tadi yang menyebabkan ramai orang terkorban dan cedera.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata ia akan memantau situasi melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India.

"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan amat sedih terhadap tindakan keganasan yang sia-sia itu dan berharap pelakunya segera dibawa ke muka pengadilan.

"Malaysia juga merakamkan ucapan takziah yang mendalam dan simpati kepada Kerajaan Republik Islam Afghanistan dan kepada keluarga yang terjejas," kata kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 80 orang maut dan 350 lagi cedera dalam letupan bom kereta di daerah diplomatik di ibu negara Afghanistan itu, agensi berita China, Xinhua memetik Menteri Kesihatan Awam Afghanistan sebagai berkata.

Serangan pada Rabu ialah pengeboman besar-besaran yang kedua di Kabul bulan ini.

Pada 3 Mei, lapan orang awam terbunuh dan 27 orang termasuk tiga askar Amerika Syarikat, cedera dalam pengeboman yang dilakukan oleh pelaku bunuh diri.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAY5YX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.