Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru Temukan Kalimah Allah Pada Alat Mainan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru Temukan Kalimah Allah Pada Alat Mainan


PARIT BUNTAR: Seorang guru membuat aduan polis di sini berhubung sejenis alat mainan blok yang dibeli untuk anak bongsunya mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam.

Mahnun Mat Isa, 40, berkata beliau terkejut apabila menemukan kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ dilekatkan pada bendera dipegang watak ‘pengganas’ pada alat permainan itu.

Lebih memeranjatkan, beliau berkata watak ‘pengganas’ tersebut merupakan seorang lelaki yang memakai serban.

“Saya menyedari tentangnya selepas anak bongsu saya bermain permainan itu sambil menunjukkan watak ‘pengganas’ berserban dan memegang bendera memaparkan kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Mahnun berkata, terkejut dengan perkara itu beliau segera membuat laporan polis dan di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lepas.

Dia membeli alat permainan tersebut yang dihasilkan di China dari sebuah kedai alat permainan di Taiping, 24 Mei lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan guru tersebut. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2roeQWr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.