Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fasih ‘Kecek Kelate’, Si Cilik Dari Birmingham Curi Tumpuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fasih ‘Kecek Kelate’, Si Cilik Dari Birmingham Curi Tumpuan

Sejak bulan lalu heboh di laman media sosial tentang seorang kanak-kanak cilik dari Birmingham yang sangat fasih bercakap dengan dialek Kelantan.

Kanak-kanak yang diperkatakan itu bernama Fatimah Omar Mukhlis berusia 3 tahun. Dia dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK) dan kini sedang menetap di negara itu.

Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di sana namun kedua-dua ibu bapa Fatimah tidak pernah lupa untuk mendidik anak mereka supaya tidak melupakan bahasa Melayu.

Anak kecil ini sangat petah bertutur sejak umurnya berusia satu tahun lagi. Selain fasih ‘kecek kelate’, Fatimah juga fasih berbahasa Thailand dan bahasa Inggeris.

Ibu kepada Fatimah, Nor Ashila Mahamed Ismail, 36, berkata bahawa anak keduanya ini daripada tiga orang adik beradik memang suka bertutur dialek Kelantan sejak dari kecil lagi.

“Walaupun kita bercakap bahasa Inggeris, dia akan balas dialek Kelantan. Berbeza dengan abangnya, Omar Mukhtar, 10, yang pada mulanya malu nak bercakap dialek Kelantan kerana ada segelintir rakan mentertawakannya.

“Selepas Omar melihat Fatimah berkeyakinan bertutur dialek Kelantan, baru dia (Omar) bertutur dialek itu tanpa segan dan rendah diri,” katanya.

Kata ibu Fatimah lagi, dia dan suaminya, Omar Mukhlis Azizan, 36, sememangnya mahu mendidik anak-anak mereka supaya kenal dengan bahasa ibunda mereka walaupun menetap jauh dari tanah kelahiran mereka.

“Suami memang berasal dari Kelantan manakala saya pula berasal dari Thailand. Walaupun sudah menetap di UK sejak 2004, kami tidak mahu anak lupa bahasa dan adat.

“Oleh itu, kami praktikkan penggunaan tiga bahasa di rumah. Alhamdulillah mereka tidak keliru dan kini ketiga-tiga anak saya sudah mahir dalam menyusun ayat dalam penggunaan tiga bahasa ini,” ujarnya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

The post Fasih ‘Kecek Kelate’, Si Cilik Dari Birmingham Curi Tumpuan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2roD96K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.