Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekuel ke-5 ‘Pirates of the Caribbean’ Kaut RM335 juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekuel ke-5 ‘Pirates of the Caribbean’ Kaut RM335 juta

Sekuel filem ‘Pirates of the Caribbean’ terus berada di carta teratas kutipan pecah panggung dengan perolehan hampir AS$78.5 juta (RM335 juta) selepas ditayangkan empat hari menjelang hujung minggu Hari Memperingati di Amerika Utara.

Siri kelima filem itu ‘Dead Men Tell No Tales’ yang dibintangi Johnny Depp, menewaskan satu lagi filem ‘Baywatch’ yang berada di tempat ketiga dan cuma memperoleh AS$23.1 juta (RM98 juta) hasil jualan tiket sementara satu lagi filem terbitan Disney, ‘Guardians of the Galaxy Vol. 2’, di tempat kedua dengan AS$27.2 juta (RM116 juta) pada minggu keempat tayangannya.

Cerita ringan mengenai kumpulan pengembara angkasa lepas dilakonkan Chris Pratt, Zoe Saldana, Bradley Cooper dan Vin Diesel mengumpul kutipan AS$340.5 juta (RM1.4 bilion) secara domestik sejak ditayangkan pada 5 Mei lalu.

‘Dead Men Tell No Tales’ turut mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa, mengutip AS$247.8 juta (RM1.06 bilion) dalam penjualan tiket, dengan China menjadi pasaran luar terbesar dengan AS$92.3 juta (RM394 juta).

“Jumlah AS$326 juta (RM1.3 bilion) yang diperoleh ‘Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales’ bermakna The Walt Disney Studios kini sudah melepasi kutipan AS$3 bilion (RM12 bilion) secara global pada 2017 sehingga kini, dengan pendapatan antarabangsa pada AS$1.903 billion (RM8.14 bilion) dan pendapatan domestik dengan AS$1.102 bilion (RM4.71 bilion),” kata studio itu.

Filem ‘Alien: Covenant’ arahan Ridley Scott yang menjadi pendahulu pecah panggung minggu lalu jatuh ke tangga ke empat pada hujung minggu Hari Memperingati.

The post Sekuel ke-5 ‘Pirates of the Caribbean’ Kaut RM335 juta appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2se2yh8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.